Archive for BAB 6 PENGGUNAAN BAHAN 2D DAN 3D

Bab 6 : Penggunaan bahan 2D dan 3D

Sunday, August 28th, 2011

Adakah anda tahu apakah bezanya bahan 2D dan 3D?

Sebenarnya, bahan 2D ialah bahan visual yang dihasilkan di atas satu permukaan yang rata manakala bahan 3D pula merupakan bahan yang mempunyai dimensi panjang, dimensi tinggi dan dimensi lebar.

Mari kita kaji dengan lebih mendalam melalui pembacaan yang seterusnya!

BAHAN 2D

Bahan 2 dimensi mempunyai dimensi lebar dan dimensi panjang sahaja. Ia boleh dihasilkan di atas permukaan kain, kertas, kaca dan sebagainya. Carta dan gambar foto adalah antara contoh bahan 2D yang digunakan sebagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

JENIS-JENIS BAHAN 2D

Antara jenis bahan 2D adalah seperti berikut:
- Lukisan -
- Gambar foto -
- Carta -
- Poster -
- Kad imbasan -

LUKISAN

Lukisan merupakan lakaran idea manusia yang disampaikan  dalam bentuk komunikasi visual. Terdapat pelbagai jenis permukaan yang rata yang boleh dijadikan lukisan di atasnya. Antaranya ialah kain, kanvas, papan, batu, kaca dan sebagainya.

Lukisan di atas kain

Lukisan di atas papan

Lukisan perlu bertema sesuai dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Selain itu, ia juga perlu tepat, jelas dan memberi makna kepada murid supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Oleh itu, betapa pentingnya guru menggunakan asas grafik sebagai asas penghasilan lukisan.

GAMBAR FOTO

Gambar foto dihasilkan melalui rakaman dengan kamera. Gambar foto boleh dihasilkan dalam bentuk hitam putih atau berwarna. Gambar foto amat mudah diperoleh di sekeliling kita. Melalui gambar foto, pelbagai jenis gambar boleh dihasilkan seperti pemandangan, benda, rupa bentuk manusia,buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan gambar abstrak.

BURUNG

Burung

Mawar

CARTA

Jenis-jenis carta

- Carta organisasi-

- Carta jadual -

- Carta urutan -

- Carta masa -

- Carta klasfikasi -

CARTA ORGANISASI

Carta organisasi menunjukkan hubungan atau rantaian struktur pentadbiran ataupun pemerintahan  di dalam satu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Carta Organisasi

CARTA JADUAL

Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penerangan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa yang berlaku.

Carta Jadual

CARTA URUTAN

Carta urutan juga dikenali sebagai sebagai carta alir. Carta urutan menerangkan tentang aliran sesuatu proses atau tindakan. Ia dihasilkan secara mendatar bagi menunjukkan perkembangandan untuk mudah difahami setiap langkah=langkah satu persatu.

Carta Urutan

CARTA MASA

Carta masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa. Carta masa berguna untuk meringkaskan masa satu siri perstiwa yang telah berlaku.

CARTA KLASIFIKASI

Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

Carta Klasifikasi

POSTER

Poster merupakan satu lukisan yang menggabungkan penggunaan ilustrasi dan muka taip yang dipersembahkan sebagai satu alat komunikasi visual. Mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui poster hendaklah mudah dibaca, jelas, ringkas dan tepat.

Poster Anti Dadah

KAD IMBASAN

Kad imbasan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kad imbasan bergambar dan kad imbasan tulisan.

 

Kad imbasan

 

 

BAHAN 3D

JENIS-JENIS BAHAN 3D

Antara jenis bahan 3D adalah seperti berikut:
- Boneka -
-Model -
- Relia -
- Diorama -
- Mobail -
- Topeng -
- Akuarium -

 BONEKA

Jenis-jenis boneka:
– Boneka sarung tangan -
– Boneka tali -
– Boneka lidi -
– Boneka wayang kulit -

BONEKA SARUNG TANGAN

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Boneka jenis ini memerlukan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk anggota boneka.

Boneka sarung tangan

BONEKA TALI

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Boneka tali

BONEKA LIDI

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Boneka lidi

BONEKA WAYANG KULIT

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka wayang kulit

MODEL

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.
Beberapa pecahan jenis model:

a) Model Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar
keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya. Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

(c) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

 RELIA

Relia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
(a) Relia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.
(b) Relia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.
(c) Spesimen
Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

Relia

 DIORAMA

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.
Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain.

Diorama

 MOBAIL

Mobail bermaksud bergerak. Mobail biasanya digantung tinggi dan mempunyai maklumat seperti keratan gambar atau tulisan dengan menggunakan tali. Keratan yang digantung perlu mempunyai maklumat pada kedua-dua belah muka. Selain itu, kedudukannya juga perlu seimbang dengan menyusun keratan gambar dan tulisan dari bawah ke atas dengan jarak yang sesuai supaya tidak berlanggar antara satu sama lain.

Mobail

TOPENG

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

 

 

Topeng

AKUARIUM

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut.

 

Akuarium