Archive for BAB 9 BAHAN AUDIO

Bab 9 : Bahan Audio

Monday, September 5th, 2011

PENGGUNAAN PERALATAN AUDIO

Peralatan audio merupakan media pengajaran bunyi yang digunakan sebagai bahan dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan bahan audio boleh digabungkan bersama-sama dengan bahan media yang lain seperti media bercetak. Peralatan audio yang biasa digunakan adalah seperti radio, kaset, pemain CD dan pemain mp3.

PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN RAKAMAN

Penggunaan peralatan audio dalam pengajaran memerlukan perancangan yang teliti.  Hal ini adalah bagi memastikan setiap objektif pengajaran tercapai.

Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian:
a) Menentukan objektif
b) Kumpulan sasaran
c) Tajuk
d) Isi kandungan pengajaran dan pembelajaran
e) Skrip
f) Peralatan audio

PERSEDIAAN RAKAMAN 

Skrip
Penyampai
Alatan rakaman
-  Alat perakam
- Mikrofon
- Pita audio
- CD, CDR
- Kabel

Kemahiran mengadun (muzik latar, kesan bunyi, penyampaian)
Kemahiran menggunakan pengadun (mixer)
Kerja mengedit pita

PANDUAN MENULIS SKRIP AUDIO


  1. Senaraikan isi maklumat ikut susunan.
  2. Pembukaan mestilah menarik dan menjadi teras kepada isi.
  3. Gambarkan seolah-olah menulis kepada seorang pendengar secara individu.
  4. Sebutkan perkara yang hendak ditulis.
  5. Gunakan ‘signpost’ untuk menjelaskan struktur ceramah.
  6. Gunakan perkataan biasa.
  7. Gunakan ayat pendek.
  8. Gunakan tanda berhenti untuk memudahkan pembaca.
  9. Skrip hendaklah ditaip langkau dua, jeda-jeda yang besar dan para yang jelas.

 

PANDUAN MEMBACA SKRIP

- Faham perkara yang hendak dibaca-
-Bercerita, bukan membaca-
-Tandakan tempat berhenti-
-Berhenti pada tempat yang betul-
-Penekanan perkataan yang penting-
-Baca dahulu dan semak sebutan-
-Baca dengan lancar-
-Membuat raptai-

KEPERLUAN PERALATAN PERAKAM DAN PITA AUDIO

 PEMBESAR SUARA

Pembesar suara

PITA AUDIO

Pita audio

PERAKAM AUDIO

Perakam audio

JENIS MIKROFON

DUA BENTUK MIKROFON

MIKROFON SATU HALA

MIKROFON SEMUA HALA

JENIS MIKROFON

Kristal
Seramik
Dinamik
Kondenser